Sabree Fadzil
Sabree Fadzil

Sabree Fadzil

Mohd Taib @ Sabri Bin Fadzim (lebih dikenali sebagai Sabree Fadzil; lahir 19 Mei 1961) ialah seorang pengarah, penerbit, dan pelakon lelaki Malaysia. Beliau yang mula dikenali sebagai model sekitar awal 1980an kemudian diperkenalkan ke layar perak menerusi filem pertama berjudul Sayang pada 1987. Sejak itu kelibat aktor kacak ini sering menjadi perhatian di layar perak menerusi filem-filem box-office seperti Antara Dua Hati, Pelumba Malam, Bayangan Maut dan Sengketa Cinta. Pada tahun 2008 Sabree muncul kembali dan mengarahkan sebuah filem berjudul Datin Ghairah. Filem ini dijangka tayangan pada tahun 2011. Sabree juga sempat muncul dalam filem arahan Hairie Othman berjudul 2 Alam memegang salah satu watak utama.